Universiti Kaherah

From wikiPERUBATAN
Jump to: navigation, search
Logo Universiti Kaherah

Telah diasaskan pada tahun 21 disember 1908 yang telah menaungi kebanyakan fakulti termasuklah fakulti undang-undang, farmasi, sains, arkeologi, pergigian malah perubatan. Kebanyakan fakulti terletak di Giza, berbeza dengan fakulti perubatan dan pergigian yang terletak di Hospital Kasr Al'ainy.

Hospital Kasr Al'ainy (Fakulti Perubatan)

Logo Fakulti Perubatan

Salah satu daripada hospital yang menyediakan pembelajaran ilmu perubatan dan merupakan salah satu fakulti Universiti Kaherah. Hospital ini telah tertubuh lebih awal daripada Universiti Kaherah itu sendiri iaitu semenjak 1827 oleh seorang doktor Perancis, Clot Bye yang pada asalnya terletak bersama hospital tentera di Abo Zabal. Kemudiannya, berpindah ke kawasan Kasr Al'ainy, Kaherah pada tahun 1837 dan dinamakan sebagai Hospital Kasr Al'ainy. Pada tahun 1925, barulah Hospital Kasr Al'ainy dijadikan salah satu fakulti di bawah Universiti Kaherah. Hospital Kasr Al'ainy telah menjalani proses pembangunan baru pada tahun 1980 dan siap pada tahun 1995.

Fakulti Perubatan Kasr Al'ainy telah menerima banyak pelajar Malaysia sejak tahun 2001 lagi. Sehingga kini Fakulti Perubatan Kasr Al'ainy telah menaungi 12 generasi. Kini, mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang belajar di universiti hanyalah sebanyak 453 orang setelah ramai yang menyambung pelajaran di Malaysia atau 'transfer credit' berikutan keadaan politik Mesir yang kurang stabil pada tahun 2013. Kebanyakan mereka ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) malah ada juga pelajar yang datang di bawah Yayasan Zakat Selangor, Yayasan Pahang, Yayasan Islam Kelantan. Fakulti Perubatan Kasr Al'ainy amat tidak membenarkan pelajar Malaysia yang datang daripada agensi melainkan persendirian.

Lokasi Dan Tempat Utama

Hampir kesemua pelajar perubatan menetap di kawasan sekitar universiti. Antaranya kawasan Mounira, Sayeda Zainab, Abou Risy, Zenhoum dan juga Saad Zaghloul. Manakala ada juga pelajar yang tinggal di kawasan sedikit jauh daripada universiti seperti di kawasan Giza dan juga Malikus Saleh.

Perjalanan dari rumah ke universiti hanya memerlukan pelajar-pelajar berjalan kaki. Jarak dari Sayyeda Zainab, Abou Risy ataupun Zenhoum hanya mengambil masa 20-30 minit manakala dari Munira kurang daripada 15 minit.

Tahrir juga merupakan salah satu tempat penting bagi urusan memperbaharui visa di mugamma’ yang berada di hujung jalan (syari’) kasr el’ aini.

Program Bersama Universiti

Cairo University International Day Festival

Pelbagai negara seperti Malaysia, Mesir, Jordan, Indonesia dan lain-lain telah menyertai acara yang gilang- gemilang ini untuk mempamerkan dan memperkenalkan budaya negara masing-masing. Tidak ketinggalan juga persembahan dari negara Malaysia tercinta yang mempersembahkan silat, tarian gamelan dan tarian wau bulan.

Jaulah Piramid

Jaulah secara berbasikal ke Piramid Giza bersama pelajar-pelajar arab sejauh hampir 15 kilometer daripada fakulti perubatan Kasr’ El Aini.

Shantah Ramadhan

Merupakan salah satu program anjuran PERUBATAN bersama universiti yang berbentuk kebajikan kepada pesakit-pesakit di hospital.

Pautan