Main Page

From wikiPERUBATAN
Jump to: navigation, search
Selamat datang ke WikiPERUBATAN,
Wiki ini mempunyai 22 artikel.

Tentang WikiPERUBATAN

WikiPERUBATAN bertujuan menjadi arkib dan sumber rujukan kepada ahli dalam segala perkara yang berkaitan pelajar perubatan dan komuniti sekitarnya. Ia menggunakan konsep bebas dan terbuka, bermakna kandungan dalam WikiPERUBATAN ditulis oleh ahli yang sukarela mahu memberi pengetahuan baru kepada komuniti PERUBATAN. Kandungan WikiPERUBATAN terdiri daripada maklumat universiti, persatuan, program, dan individu ternama, namun begitu banyak lagi maklumat lain yang layak dimasukkan sekiranya bertepatan dengan konsep dan tujuan WikiPERUBATAN.

WikiPERUBATAN merupakan salah satu projek mega Unit Laman Web di bawah Jabatan Penerbitan dan Penerangan dan mula dibangunkan sejak September 2014. Projek ini diilhamkan daripada muhasabah terkumpul ahli dan biro-biro dalam PERUBATAN serta menjadi sokongan terhadap usaha pengumpulan sejarah PERUBATAN untuk tatapan generasi akan datang.

Semua ahli berhak dan dijemput membantu WikiPERUBATAN dalam bidang yang mereka ketahui. Anda perlu memohon akaun dan mengesahkan emel terlebih dahulu untuk menyunting artikel di sini. Informasi merupakan perkara terpenting yang boleh anda berikan. Format dan susunan artikel kebiasaannya akan diubah dan dicantikkan oleh sukarelawan lain yang lebih berpengalaman.

Bagaimana anda boleh membantu

  • Menulis artikel yang bermanfaat untuk tatapan umum. (Laman ini menyenaraikan artikel yang kami ingini)
  • Menyunting kesalahan fakta, menambah informasi, atau membetulkan tatabahasa dan ejaan.
  • Memuat naik sebarang fail berkaitan PERUBATAN (poster, dokumen, kertas kerja, etika, dsb) dalam sebarang format (PDF, JPG, DOC, dll)
  • Membaca dan menyebarkan artikel yang ada untuk tatapan dan pengetahuan ahli yang lain.

Pautan Luar